Want your
own Fotopage?







 

SELAMAT BERKUNJUNG KE LAMAN BLOG FOTO
SMK PERMAISURI NUR ZAHIRAH (SMK PNZ) 22200 BESUT TERENGGANU
TEL: 09-6953262 FAX: 09-6953263 E-MAIL: smkpnz@yahoo.com
'ASPIRASI INTELEK GEMILANG'
"SINCE 2003"

MySpace-Countdowns
ONLINE KINI
counter
ANDA ADALAH PELAWAT KE-
free counter
Free Hit Countersstats
free counter
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010
SEMOGA BERJAYA PADA 2010

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


By: Jom Sembang bersama PnzKini

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Dec-2009 05:09 Email | Share | Bookmark
SEKOLAH KLUSTER

Senarai Sekolah Kluster Pertama
Berikut adalah senarai Sekolah Kluster Pertama Kementerian Pendidikan Malaysia
(Laman webrasmi KPM – moe.gov.my)

SENARAI 30 BUAH SEKOLAH KLUSTER YANG TELAH MENERIMA SIJIL PENGIKHTIRAFAN PADA 30 MAC 2007

Bil Kod Sekolah Nama Sekolah Nama Pengetua/ Guru Besar Gred Alamat Sekolah No. Tel No. Faks Kategori Sekolah
1 WEA 2006 Sekolah Sultan Alam Shah (B) Tn. Hj. Khairil Bin Awang DG48 Parcel G,Presint 1, Putrajaya, 62520 Putrajaya 03-88883763 03-88883614 SBP
2 BRA0001 Kolej Islam Sultan Alam En. Mohamad Bin Shah (B) Awang DG48 Peti Surat 64, Jln Kota Raja Kampung Jawa 41906 Klang, Selangor 03-33711658 03-33721148 SBP
3 NEB4096 Kolej Tunku Kurshiah (B) Tg. Azwan Bin Tg. Mohamed JUSA C Jalan Tunku Kurshiah 70400 Seremban Negeri Sembilan 06-7625351 06-7619906 SBP
4 AEB4070 Kolej Melayu Kuala Kangsar (B) En. Mohd Rauhi Bin Mohd Isa JUSA C Jalan Tun Abdul Razak 33000 Kuala Kangsar Perak 05-7761400 05-7764500 SBP
5 DEE1415 SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B) En. Wan Hamzah Bin Wan Daud JUSA C Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu Kelantan 09-7738277 09-7739139 SBP
6 PEB1094 SMK Penang Free (B) Tn. Hj. Ramli Bin Din DG48 Jalan Masjid Negeri 11600 Georgetown Pulau Pinang 04-2815814 04-2817737 SMH
7 BEB8655 SMK (P) Sri Aman (B) Pn. Alainal Hasani Bt Md Noor DG54 Jalan Masjid Negeri 11600 Georgetown Pulau Pinang 03-78765041 03-78775658 SMH
8 WEA0196 SMK Aminuddin Baki (B) Pn. Azizah Bt Othman DG48 Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur 03-92858219 03-92811905 SMH
9 KEB2095 SMK Sultanah Asma (B) Datin Zaleha Bt Abd Hamid DG48 Jalan Langgar 05460 Alor Star Kedah 04-7322618 04-7328020 SMH
10 TEB3091 SMK Sultan Sulaiman (B) Pn. Hjh Azizah Bt Md Salleh DG54 (KUP) Jalan Sultan mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu 09-6175315 09-6170518 SMH
11 CEA4022 SMK Abdul Rahman Talib (B) Pn. Hjh Normah Bt Hj. Abu Bakar DG48 Jalan Alor Akar 25250 Kuantan Pahang 09-5680192 09-5679250 SMH
12 REE0059 SMK Derma (B) Pn. Noorzaiah Bt Ahmad DG48 Jalan Penjara 01000 Kangar Perlis 04-9761202 04-9771277 SMH
13 AEA2044 SMK Gunung Rapat (B) Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat DG48 Jalan Teoh Kim Swee 31350 Ipoh, Perak 05-3122855 05-3132067 SMH
14 WEB0226 SMK Victoria (B) Tn. Hj. Muhammad Khalyani Bin Abdul Jalil DG52 Jalan Hang Tuah 55200 Kuala Lumpur 03-20782489 03-20316854 SMH
15 WEB0223 SMK St John (B) En. Peter Yii Sing Chiu DG48 Jalan Bukit Nanas 50250 Kuala Lumpur 03-20782846 03-20311443 SMH
16 WEB0213 SMK Convent Bukit Nanas (Mision, B) Pn. Lee Chii Yuann DG48 Memangku DG52 Jalan Bukit Nanas 50250 Kuala Lumpur 03-20780559 03-20317679 SMH
17 XHA3099 SMT Tawau Sabah (B) Pn. Fitriani Bt Wahid DG48 Peti Surat 61156 91021 Tawau, Sabah 089-715585 089-715153 SMT
18 NKE4144 SMT Tuanku Jaafar (B) Tn. Hj. Arshad Bin Hj. Md. Yusof DG48 Km 4 Jalan Kuala Pilah 70400 Seremban Negeri Sembilan 06-7638307 06-7636985 SMT
19 TRA3002 SMKA Sheikh Abdul Malek (B) YM Che Ku Razak Bin Che Ku Mohd DG48 Jln Budiman 20400 Kuala Terengganu Terengganu 09-6235155 09-6264268 SMKA
20 MRA2127 SMKA Sharifah Rodziah, Melaka (LB) Pn. Hjh. Pauziah Bt Mohamad DG48 Telok Mas 75460 Melaka 06-2618944 06-2616518 SMKA
21 PRA1001 SMKA Al-Mashoor (L) (B) En. Shamsudin Bin Shorkoshi DG48 Jalan Air Itam 10460 Georgetown Pulau Pinang 04-2296790 04-2291503 SMKA
22 DBB1118 SK Zainab 2 (B) Pn. Aida Bt Mohd Salleh DG34 Jln Telipot 15150 Kota Bharu Kelantan 09-7482757 09-7475846 SK
23 XBA4095 SK Sri Gaya (B) Hj. Abdul Ghani Bin Hj. Mohd Kasim DG41 Lorong Seladang Off Jln Kebajikan 88300 Kota Kinabalu Sabah 088-224779 088-257164 SK
24 JBB1011 SK Infant Jesus Convent Pn. Hjh. Azizah (Mision, B) Bt Ahamad Tan DGA34 Jln Yahya Awal 80100 Johor Bharu, Johor 07-2243005 07-2269566 SK
25 ABA4011 SK Sultan Idris 2 (LB) En. Abdul Khalid Bin Mohd Yusof DGA34 33000 Kuala Kangsar Perak 05-7762403 05-7761188 SK
26 JBA2047 SK Pengkalan Tereh (LB) En. Shahron Bin Shahman DGA32 SK Pengkalan Tereh Pejabat Pelajaran Daerah Kluang 424 Jln. Sekolah 86000 Kluang, Johor 019-7539392 07-7722540 SKOA
27 YBB5112 SK Ulu Lubai (LB) En. Jaul Anak Bunyau DGA32 SK Ulu Lubai Jabatan Pelajaran Gabungan Limbang Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jln Muhibah 98707 Limbang, Sarawak 085-212644 085-212644 SK PDLM
28 KBC2116 SJKC Keat Hwa (B) Pn. Khoo Yok Ying DGA34 Jln Kampung Perak 05100 Alor Setar Kedah 04-7330012 04-7330012 SJKC
29 BBD0084 SJKT Simpang Lima, Klang (B) Y.R. Elizabeth Anaranjithan DGA34 Simpang 5 Taman Sri Andalus 41200 Klang, Selangor 03-33242900 03-3324600 SJKT
30 PBA0024 SKPK Alma (LB) En. Hasan Basri Bin Mukhtar DGA32 Memangku DGA34 Jln Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang 04-5082026 04-5071439 SKPK

Nota:-

SBP : Sekolah Berasrama Penuh
SMH : Sekolah Menengah Harian
SMT : Sekolah Menengah Teknik
SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SK : Sekolah Kebangsaan
SKOA : Sekolah Menengah Orang Asli
SK PDLM : Sekolah Kebangsaan Pedalaman
SJKC : Sekolah Kebangsaan Cina
SJKT : Sekolah Kebangsaan Tamil
SKPK : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Petikan Berita 30 Mac

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan antara 30 sekolah kluster yang terpilih terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak, sebuah sekolah pedalaman dan Sekolah Kebangsaan Pengakalan Tereh di Kluang, Johor yang merupakan sekolah kebangsaan Orang Asli.

Katanya, kumpulan pertama sekolah kluster yang terpilih untuk ditingkatkan kecemerlangan terdiri daripada semua kategori sekolah.

Ini termasuk SJKC Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran Cina, SJKT Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil, dan SKPK Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata sembilan daripada 30 kumpulan pertama sekolah kluster ini terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), dua sekolah menengah teknik (SMT), 11 sekolah menengah harian (SMH) yang terletak di bandar dan lima sekolah berasrama penuh (SBP).

Hishammuddin berkata sekolah yang terpilih ini “bukanlah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di negara ini, tetapi merupakan sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi lagi.”

Beliau berkata pemilihan sekolah berkenaan telahpun disah dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad pada Selasa lepas.

“Kesemua 30 sekolah ini merupakan senarai permulaan yang boleh dijadikan contoh penanda aras kepada sekolah lain yang berminat untuk memohon sebagai sekolah kluster.

“Kementerian akan membuka permohonan kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk disenaraikan sebagai sekolah kluster bermula April ini,” katanya.

Untuk tahun ini, 300 sekolah dari pelbagai aliran akan disenaraikan dan diklasifikasikan sebagai kelompok cemerlang, yang diharapkan dapat mengangkat martabat sistem pendidikan negara di mata dunia, katanya.

Sekolah lain yang terpilih terdiri daripada:

Sekolah Kebangsaan: SK Sultan Idris 2 (Perak), SK Infant Jesus Convent (Johor), SK Sri Gaya (Sabah) dan SK Zainab 2 (Kelantan)

SMKA: SMKA Al-Manshoor (P.Pinang), SMKA Sharifah Rodziah (Melaka) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu).

SMT: SMT Tawau (Sabah) dan SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan)

SMK: SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Victoria, SMK St John (kesemuanya di Kuala Lumpur), SMK Penang Free (P.Pinang), SMK (P) Sri Aman (Selangor), SMK Sultanah Asma (Kedah), SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), SMK Abdul Rahman Talib (Pahang), SMK Derma (Perlis), SMK Gunung Rapat (Perak)

SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Selangor), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).

Hishammuddin berkata sejajar dengan usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, kementerian itu telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan University of London-Kings College, United Kingdom hari ini bagi melaksanakan program lepasan ijazah secara intensif yang direka khas khusus untuk melatih pengetua dan guru besar dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Kings College merupakan kolej terbesar di University of London yang merupakan kolej ke-12 terbaik di Eropah dan ke-46 di dunia dalam senarai Times Higher Education Supplement.

“Kursus intensif ini menawarkan “Post Graduate Certificate in School Management and Leadership” yang boleh diguna pakai sebagai kredit untuk pemegang-pemegangnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana,” katanya.

Beliau berkata melalui program ini, kementerian akan menghantar pemimpin-pemimpin sekolah kluster ke UK bagi mengikuti latihan intensif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan selama dua bulan.

“Pemimpin-pemimpin sekolah ini juga akan diberikan hands-on learning experience melalui bukan sahaja lawatan tetapi juga penempatan di sekolah-sekolah autonomi yang terpilih di UK,” katanya.

Beliau berkata seterusnya, keupayaan dan kebolehan mereka akan diuji di sekolah-sekolah ini, dan melalui program ini pemimpin sekolah kluster akan didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu berkaitan kepimpinan dan pengurusan khususnya cara mana untuk menguruskan sekolah masing-masing termasuk mengurus sumber manusia, kewangan, komunikasi, perhubungan awam dan lain-lain bersesuaian dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada mereka.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net